17/02/2015

Kebaikan Asid Folik Untuk Ibu Mengandung

Pengambilan folic asid sewaktu hamil amat digalakkan kerana mampu mengelakkan risiko kecacatan saraf tunjang kepada bayi dalam kandungan. Sebenarnya asid folik bukan terhad untuk ibu hamil sahaja, wanita yang merancang untuk hamil juga digalakkan untuk mengamalkan pengambilan asid folik dalam diet harian. Menurut beberapa kajian, asid folik membantu meningkatkan kesuburan wanita dan mampu memberi faedah kepada bayi dalam kandungan.


Asid folik juga dikenali sebagai vitamin B9 yang sangat diperlukan oleh tubuh untuk membina sel-sel baru dalam badan. Ia penting dalam membina dan membaiki DNA yang rosak dalam sel-sel badan.

Asid Folic wujud secara semulajadi dalam makanan harian seperti kekacang, sayuran hijau, buah-buahan, bijirin, daging lembu, dan lain-lain.

Seawal 12minggu kehamilan, ibu digalakkan untuk mengambil asid folik setiap hari. Dalm temph ini, otak dan sistem saraf bayi terbantuk dan berkembang dengan pesat.

Dos pengambilan asid folik yang disyorkan kepada mereka yang merancang untuk hamil atau yang telah hamil adalah 400mcg setiap hari. Namun dos ini boleh di tingkatkan tetapi atas nasihat doktor.

Kekurangan asid folik ketika hamil boleh meningkatkan risiko kelahiran pra-matang, perkembangan fizikal bayi dalam rahim yang terencat, dan meningkatkan kandungan 'homocysteine' dalam darah yang boleh menyebabkan risiko keguguran secara tiba-tiba atau kehamilan yang mempunyai komplikasi.


Khas buat bakal ibu yang mencari jenama asid folik yang terbaik dipasaran hani nak cadangkan ibu-ibu semua mencuba B-Complex Shaklee yang turut mrngandingai asid folik. 1 tablet B-complex shaklee mengandungi 200mcg asid folik. Harga sebotol B-Complex Shaklee sangat murah. 1 botol mengandungi 120biji B-Compplex. Dan sekiranya ibu amalkan pengambilan 2biji sehari, sebotol B-Complex shaklee tahan sehingga 2 bulan.

Hubungi saya ;

 ****************************************************************************************************

I'm your Shaklee Independent Distributor
No. ID 987331 (Nurani Yaacob)
## Sms /WhatsApp : 019.376.9503
##Fanpage : Hani Health Shop
 ## Facebook : Hani Kelantan

No comments:

Post a Comment