10/06/2015

Tips Cepat Hamil Dengan Mudah

Kehamilan adalah proses yang ditunggu-tunggu oleh kebanyakan pasangan suami isteri setelah mereka diijabkabulkan. Tetapi ada segelintir pasangan diuji dengan kelewatan si kecil muncul untuk menceriakan keluarga. Disaat ini pasti kita tercari-cari tips terbaik bagi mempercepatkan proses kehadiran sang penyeri hati dan pengikat kasih sayang keluarga.



1. Berdoa kepada DIA.
Seperti yang kita tahu setiap yang bernyawa di atas muka bumi ini adalah daripada penciptaNYA, jadi sangat lah wajar untuk kita berdoa dimurahkan rezeki dan dipermudahkan niat suci kita untuk segera memperoleh cahaya mata sebagai pelengkap hidup.

Buat mereka yang beragama Islam, anda boleh mengamalkan bacaan Doa dimohon dipermudahkan urusan mendapat zuriat.

Antara doa yang anda boleh amalkan untuk senang hamil adalah :


Surah Ai Imran 3:38 
Ketika itu Nabi Zakariya berdoa kepada Tuhannya, katanya: “Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa permohonan. 
“Ya Tuhanku, berilah Aku dari sisi Engkau seorang anak yang baik. Sesungguhnya Engkau Maha Pendengar doa”.
Imam al Samarqandi meriwayatkan bahawa Nabi Zakaria pernah merasakan baginda tidak akan mendapat zuriat
sehinggalah baginda melihat anugerah Allah swt memberikan Mariam a.s buah-buahan pada bukan musimnya.
Maka baginda meyakini bahawa Allah swt berkuasa mengurniakan baginya anak. Tambahan pula baginda memegang amanah menjaga kunci rumah Qurban yang diwarisi turun temurun. Keturunan dalam ayat ini bermaksud anak yang sihat sejahtera dan berakhlak.

2. Memeriksa Organ Kesihatan Reproduksi Anda dan Pasangan.
Tak salah untuk kita berjumpa dengan pakar sakit puan untuk mengetahui punca sebenar kenapa anda sukar untuk hamil. Langkah terbaik adalah pasangan suami isteri berjumpa pakar dan jalani ujian supaya tidak berlaku sebarang salah faham dan saling tuduh menuduh antara satu sama lain.

3. Pastikan Berat Badan Ideal
Point ini sudah semestinya untuk golongan para isteri. Kajian menunjukkan kegemukan pada wanita boleh menurunkan tahap kesuburan sehingga 4peratus. Pengumpulan lemak berlebihan dalam badan boleh mengakibatkan lebihan hormon estrogen yang membuat ovolasi tidak teratur.
Sementara tubuh yang terlalu kurus boleh menyebabkan hormon estrogen lambat sehingga mengakibatkan anda sukar hamil.
Cara terbaik pastikan BMI - 'body mass index'-  anda dalam keadaan keadaan normal iaitu 18-24.

4. Amalkan Gaya Hidup Sihat.
Semak kembali gaya hidup anda selama ini. Sekiranya anda pernah merokok, bolehlah berhenti mulai sekarang. Merokok mampu mengurangkan tahap kesuburan seseorang.

5. Amalkan Pemakanan Vitamin / Supplemen.
Ada beberapa vitamin yang diperlukan dan sangat di syorkan untuk diamalkan sebelum tempoh kehamilan dan sepanjang tempoh kehamilan. Antaranya adala Vitamin E dan Asid Folik.
Vitamin E sangat membantu meningkatkan tahap kesuburan lelaki mahupun wanita manakala Asid Folik membantu membekalkan nutrisi kepada bayi sepanjang tepoh kehamilan dan memastikan bayi dalam keadaan sihat dan sempurna.

Senarai vitamin lain yang dicadangkan buat mereka yang sedang berusaha untuk hamil adalah :

  • Zinc
  • Vitamin A
  • Vitamin D
  • Vitamin C
  • Riboflavin
  • Niacin
  • Pottasium
  • Thiamin B6
Banyak kan?? Mana nak tahu vitamin yang terbaik supaya anda melabur pada vitamin yang betul, yang betul-betul berkesan dan selamat tanpa ada unsur kimia?? Anda boleh klik sini untuk bacaan Supplemen Yang Membantu Meningkatkan Kesuburan


6) Detok
Jarang dengar orang suruh detok badan kalau dalam proses nak memudahkan "conceive". Detok selalu berkaitan untuk kesihatan, nak kurus, nak cantik. Macam pelik pulak nak hamil kena detok dulu kan hehhee.

Nak hamil kena pastikan tubuh dalam keadaan sihat dan bersih..Sebab itu anda perlu pastikan tubuh anda bebas toksin. Nak buang toksin dalam badan kenalah detoks dulu.

Cara terbaik untuk detok adalah dengan makan vitamin atau supplement. Untuk detok toksin anda boleh mencuba Alfafa Complex

04/06/2015

Cara Buang Angin Dalam Badan Dengan Mudah, Juga Selamat Diamalkan Oleh Ibu Hamil Dan Berpantang

Badan berangin bukan suatu perkara yang menyeronokkan malah membuatkan kita rasa tak selesa dan menganggu aktiviti harian kita. Antara perkara yang menyebabkan badan kita beangin adalah makanan dan amalan pemakanan kita setiap hari.

Hani hantu pulut, lagi-lagi duduk kelantan memang bermacam jenis resepi pulut yang kita jumpa. Pulut pagi, pulut ayam, pulut santan dan macam-macam lagi. Orang kata makan pulut badan senang berangin. Tapi ada betul apa yang dikata sebab hani pun perasan lepas hani makan pulut mesti perut tak selesa. Lagi satu selalu je nak terkentut *ohh tak sopan pulak :) *


Antara petua yang boleh diamalkan untuk buang masalah angin dalam badan adalah dengan menggunakan halia.Caranya sangat mudah, ketuk-ketuk halia, rendam dengan air panas dan boleh dicampur dengan hirisan lemon ataupun madu. Lagi best kalau minum minuman masih panas, rasa segar je.. Duduk sekejap mesti akan keluar segala angin dalam badan. Cara ini juga selamat untuk diamalkan oleh golongan ibu hamil atau berpantang.

Buat mereka yang tidak mempunyai masa dan sentiasa berkejar sehingga tak sempat nak tumbuk halia, Anda boleh amalkan makan supplement Peppermint Ginger Shaklee. 



Peppermint Ginger Plus Shaklee dirumus khas dengan herba asli pudina, halia, jintan manis, untuk memberikan rasa nyaman dan melegakan perut berangin. 

Selain itu, tablet peppermint ginger boleh ditumbuk dan dicampur ke dalam air panas untuk dijadikan sebagai minuman herba semulajadi. 

Halia adalah herba terunggul dalam memastikan saluran penghadaman lancar dan mempunyai aspek semulajadi Yang membantu melegakan dan menyamankan masalah senak perut. 


KELEBIHAN PEPPERMINT GINGER PLUS SHAKLEE
  1. Memberikan kelebihan pada otot perut untuk melancarkan sistem penghadaman
  2. Mempunyai rasa pudina yang memberikan kesegaran kita mengambilnya.
  3. Boleh diambil oleh mereka yang selesema kerana kita akan berpeluh untuk menghalang daripada dijangkiti demam.
  4. Menghilangkan ketidakselesaan perut yang terjadi akibat salah makan.

SIAPA YANG MEMERLUKAN PEPPERMINT GINGER PLUS SHAKLEE?
  1. Ibu mengandung yang mengalami masalah loyayang teruk atau morning sickness.Anda boleh mencampurkan dengan madu suam bagi menghilangkan pening tersebut.
  2. Mereka yang selalu kembung perut dan sukar membuang angin.Anda boleh mengambil dengan teh lemon atau teh biasa untuk menyenangkan proses membuang angin.
  3. Mereka yang menghadapi masalah gastrik.Anda juga dinasihatkan mengambil makanan mengikut waktu untuk mengelakkan sakit gastrik menjadi teruk.Boleh juga diambil ESP yang mengandungi Protein yang tinggi bagi memberikan tenaga kepada anda.
  4. Mereka yang menghadapi masalah percernaan dan selalu sakit perut.
CARA PENGAMBILAN PEPPERMINT GINGER PLUS YANG BETUL

Setiap botol mengandungi 90 tablet dan anda boleh mengambil 3 biji setiap hari.Anda boleh menelan sahaja atau merendamkan kedalam minuman bagi memberikan kesan yang terbaik pada perut anda.

Berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut berkenaan produk shaklee??

Anda boleh hubungi saya seperti di bawah  :)

****************************************************************

I'm your Shaklee Independent Distributor
No. ID 987331 (Nurani Yaacob)
## Sms /WhatsApp : 019.376.9503
##Fanpage : Hani Health Shop
 ## Facebook : Hani Kelantan


Penghantaran / Cash On Delivery (COD) di sekitar Kota Bharu, Kubang Kerian, Pasir Tumbuh, Peringat, Melor, Selising dan Pasir Puteh
Pos ke seluruh malaysia termasuk sabah sarawak via Poslaju @CityLink@GDex.