11/02/2017

Ada Apa Dengan Shaklee

Assalamualaikum semua, Hani doakan pembaca blog Hani dalam keadaan sihat dan di lancarkan setiap urusan. Untuk entry harini Hani nak share kenapa dalam banyak-banyak business MLM di Malaysia kenapa Hani pilih sebagai pekerjaan Hani. 

Kenapa tak pilih produk yang berasakan kopi atau aleo vera 😂. Dan kenapa dalam banyak-banyak jenama vitamin di pasaran, Hani pilih untuk makan dan rasai sendiri keberkesanan produk shaklee 😍 

1) Setiap produk shaklee di uji terlebih dahulu sebelum di pasarkan. 


Sebagai contoh pil kalsium shaklee, iaitu Ostematrix Shaklee. Ostematrix shaklee mempunyai "Bioavailability Study". Biovailability adalah kebolehan sesuatu produk/vitamin diserap oleh badan. Jom Hani tunjukkan graf penyerapan Ostematrix Shaklee dalam badan.


Graf di atas menunjukkan dalam masa 12jam kalsium dalam Ostematrix di serap sepenuhnya oleh badan. Tidak wujud istilah Ostematrix shaklee penyebab batu karang.



 2) Shaklee mempunyai Landmark Study. 


Apa itu Landmark study? Landmark study merupakan satu kajian klinikal yang dijalankan oleh pihak ketiga yang tiada kepentingan dengan shaklee. Sekumpulan penyelidik ini daripada University of California, Berkeley dan di ketuai oleh saintis Dr Gladys Block pakar dalam bidang Epidemiology & Public Health Nutrition.


 



Untuk penerangan yang lebih terperinci berkaitan Landmark Study, awak boleh baca disini.

Landamark study ini dijalankan kepada 3 golongan, iaitu ;
1) Golongan yang tidak mengamalkan apa-apa vitamin atau supplemen 
2) Golongan kedua terdiri daripada mereka yang mengamalkan vitamin jenama shaklee lebih daripada 20 tahun. 
 3) Golongan yang makan vitamin selain jenama shaklee


Keputusan Landmark Study
  

Daripada kajian yang dibuat, tahap kesihatan mereka yang amalkan produk shaklee lebh baik daripada golongan yang tidak amalkan sebarang produk vitamin dan mereka yang mengamalkan vitamin bukan jenama shaklee.

Untuk jalankan Landamark Study bukan senang sebabnya ia melibatkan banyak aspek selain costing seperti nak design  kajian, pemilihan mereka yang terlibat dengan kajian, nak kaji sample, nak pilih sample, nak control sample. Semua proses ini bukan mudah tetapi shaklee tetap jalankan kajian untuk buktikan jenama shaklee sangat selamat untuk digunakan. 


3) Shaklee mempunyai " Center of Innovation ".  


Center of Innovation yang berkeluasan 16,000ft merupakan "workplace" terbaru shaklee bagi menunjukkan shaklee sangat komited dalam memastikan kualiti sesuatu produk sebelum di pasarkan.

    Gambar pelancaran Shaklee Innovation Centre pada April 2015

4) Shaklee mempunyai " Scientific Advisory Board"

Ahli dalam Board ini Di ketuai oleh Dr.Yasuhiko Kojima, merupakan saintis yang terlibat dalam penghasilan Nutriferon. 

Ahli lain dalam Board ini adalah Dr Elizabeth Blackburn, pemenang Nobel Price award melalui kajian mengenai telomere. Sebelum keluarkan sesuatu produk, shaklee akan dapatkan nasihat daripada ahli Board ini. Bayangkan produk yang kita nak makan di pantau oleh mereka yang sangat berpengalaman tentang sains dan kesihatan. 

5) Jenama Shaklee menjadi pilihan atlet Olimpik dunia. 


Olimpik Rio 2016 seramai 37 orang atlet di US mengamalkan produk shaklee dan 16 orang daripada mereka menang medal. Kenapa ramai atlet yang makan shaklee? Kerana meraka yakin produk shaklee BEBAS daripada bahan terlarang. Kesemua mereka yang makan shaklee LULUS ujian air kencing. 

6) Menjadi pilihan NASA


NASA memilih shaklee untuk hasilkan minuman kepada Angkasawan mereka. Minuman yang di hasilkan bagi atasi simptom angkawasan yang kembali ke bumi, antara simptom yang sering berlaku adalah Vertigo,lemah dan letih, muntah-muntah dan pitam. Kerjasama di antara NASA dan pihak shaklee bermula sejak tahun 1993.

Ada tak yang berminat nak jadi sebahagian pengguna atau pengedar produk shaklee?

Kalau ada yang berminat anda boleh terus hubungi pihak kami untuk penerangan yang lebih terperinci.

Hubungi saya ;

 ****************************************************************************************************

I'm your Shaklee Independent Distributor
No. ID 987331 (Nurani Yaacob)
## Sms /WhatsApp : 019.376.9503
##Fanpage : Hani Health Shop
 ## Facebook : Hani Kelantan
Penghantaran / Cash On Delivery (COD) di sekitar Kota Bharu, Kubang Kerian, Pasir Tumbuh, Peringat, Melor, Selising dan Pasir Puteh
Pos ke seluruh malaysia termasuk sabah sarawak via Poslaju @CityLink@GDex.

02/02/2017

Rawatan Buasir Yang Berkesan

Siapa sini ada masalah buasir?

Mesti ramai yang taknak mengaku kan sebabnya malu. Siapa tak malu oii sebab buasir ini terletak di tempat yang sangat sulit, nak pergi jumpa doktor pun mungkin fikir beratus kali.

Doktor yang nak bagi rawatan ini lelaki ke perempuan, nak kena tunjuk ke kawasan yang ada buasir, fuhhhh malu maluuuu :D

Hani nak bagi peringatan untuk pembaca blog Hani yang ada masalah Buasir, 

Sila rawat dengan segera ye, 

Sebabnya takut lagi melarat penyakit buasir awak tue, jangan malu-malu sebabnya Hani nak share cari mudah nak atasi masalah buasir ini tanpa berjumpa dengan doktor. Psssttt selepas awak try petua yang Hani kongsi sebagai alternatif bagi rawatan buasir dan terk berkesan kepada awak, boleh la awak pergi jumpa pakar pulak. Maklumlah sistem badan kita lain-lain kan, ada yang berkesan kepada si A tapi tak berkesan pada si B. 

Tips Untuk Atasi Masalah Buasir

1) JANGAN tangguhkan atau melengahkan masa untuk ke tandas bagi tujuan buang air besar, silap besar bagi pesakit buasir yang jenis suka peram "tahi" huhuhuhu
Bila kita mengabaikan isyarat untuk buang air besar ia akan menyebabkan najis menjadi mampat dan kering lalu menyebabkan sembelit dan meningkatkan risiko luka pada dinding mukosa buasir.

2) JANGAN meneran dengan kuat dan kerap. Ia kan beri tekanan pada saluran Venus di kawasan dubur, selain tekanan yang kuat menyebabkan dubur membengkak dengan cepat.

3) Mengamalkan air kosong yang cukup, setiap 25kg berat badan paling kurang kena minum 1 liter air. Minum air kosong lebih takpe awak, jangan minum air manis berlebihan :D . Air yang mencukupi dapat elakkan najis menjadi keras dan kering

4) Amalkan diet tinggi serat seperti memakan sayuran dan buah-buahan, ini dapat mengelakkan berlakunya pergeseran yang ekstrim di antara najis dengan dinding mukosa buasir.

5) Amalkan aktiviti yang sihat yang sihat seperti bersenam, jogging, berenang. AKtiviti ini dapat melancarkan pergerakan peristalsis usus dan mencegah sembelit. Selain itu bersenam juga dapat melancarkan perjalanan darah di kawasan rektum dan anus.

6) Elakkan duduk dalam keadaan mencanggung untuk jangka tempoh yang lama kerana ia akan memberi tekanan ke atas dinding mukosa rektum dan anus.


Bila kena buasir memang akan rasa tak selesa di sekitar dubur dan akan rasa sakit kan. Jadi Hani nak share tips yang boleh legakan kesakitan buasir : Antara tips yang awak boleh amalkan adalah :

1) Letak ais pack /. sugar pack untuk tempoh 10-15minit

2) Mandi dengan air suam bagi meredakan kesakitan

3) Jika ada bengkak guna ais atau duduk di dalam besen yang mengandungi air garam.

4) Dapatkan ubatan yang di syorkan oleh doktor.


-

-

-

-

Cadangan Supplemen Untuk Pesakit Buasir

1) Vivix merupakan supplemen tinggi antioksidan yang mengandungi Resvetarol dalam membantu membaiki sel-sel sehingga ke peringkat DNA.
Jika ada luka dalaman yang di sebabkan oleh buasir memang sangat di galakkan. Mereka yang membuat pembedahan turut digalalkan untuk minum Vivix supaya luka dalaman cepat sembuh.

Antara tambahan Vitamin yang awak boleh amalkan dengan baca Entry Ini


Hubungi saya ;

 ****************************************************************************************************

I'm your Shaklee Independent Distributor
No. ID 987331 (Nurani Yaacob)
## Sms /WhatsApp : 019.376.9503
##Fanpage : Hani Health Shop
 ## Facebook : Hani Kelantan
Penghantaran / Cash On Delivery (COD) di sekitar Kota Bharu, Kubang Kerian, Pasir Tumbuh, Peringat, Melor, Selising dan Pasir Puteh
Pos ke seluruh malaysia termasuk sabah sarawak via Poslaju @CityLink@GDex.

Rawat Gastrik Dengan Berkesan

"Kak, boleh bagi cadangan vitamin tak untuk saya yang ada masalah gastrik nie"

Selalu sangat Hani dapat pertanyaan melalui Whatapps daripada mereka yang ada masalah gastrik ini, cuba cari jalan ikhtiar untuk merawat sakit gastrik dengan berkesan tanpa bergantung kepada ubat-ubatan hospital.

Hani pernah dapat pelanggan yang ada masalah gastrik ini sampai kena masuk hospital,kena masukkan air pastu cucuk ubat, 

Selalu ingat gastrik ini sakit biasa-biasa je hehehhe, maaf lah sebab Hani sendiri takde pengalaman kena serang gastrik. Tapi bila lihat dan tengok mereka yang ada sakit gastrik ini memang insaf.


Bagaimana Gastrik Boleh Terjadi?

Secara semuladi, sel perut kita mengeluarkan asid hidroklorik (ph1 - ph 2) untuk mencernakan makanan. Dan asid ini sangat kuat sehingga jika terkena pada tangan ia mampu  menghakis tangan.

Manakala sel perut menghasilkan lapisan mukosa - yang bertindak sebagai lapisan pertahan untuk menjadi pelindung daripada asid hidroklorik. 

Rembesan asid hidroklorik berlaku apabila ada makanan bagi memulakan proses pencernaan dan sakit gastrik akan terjadi apabila berlaku ketidakseimbangan antara kuantiti rembesan asid hidroklorik dan kekuatan sistem pertahanan.

Perut kita seumpama kipas, berlipat-lipat sepanjang 25cm dan mampu menampung sehingga segelen air dan makanan. 

Bila perut kita kosong, tisu perut akan berlipat-lipat dan akan mengembang apabila ada makanan dan minuman yang masuk. Disini makanan dan minuman yang masuk akan di proses dan di simpan sebelum ke sistem perkumuhan badan kita.

Ketika proses pencernaan berlaku, kelenjer pada dinding perut akan merembeskan jus asid, enzim dan asid perut untuk membantu proses pencernaan.


Punca Gastrik 


Antara Punca Ulser Gastrik Adalah :


  1. Perubahan cara hidup moden iaitu gemar memakan makanan bergoreng dan pedas.
  2. Jangkitan bakteria yang di gelar Helicobacter Pylori(H. Pylori). Bakteria ini hidup dan membiak di dalam lapisan mukus yang menutupi dan melindungu dinding dalaman perut dan usus kecil. Dalam keadaan dalaman yang berasid ia akan menggalakkan pertumbuhan bakteria H.Pylori yang mengancam lapisan mukus perut sekaligus menyebakan kelecuran dan kecederaan dalaman yang di gelar sebagai ulser gastrik.
  3. Meminum alkohol dan merokok secara berlebihan juga boleh menyebabkan gastrik. Pengambilan alkohol yang berlebihan boleh merangsang dan menghakis lapisan mucus di dalam lapisan dalaman perut kita dan ianya akan meningkatkan jumlah asid gastrik yang dihasilkan. Seterusnya, melalui gejala merokok, nikotina yang terdapat di dalam tembakau boleh merangsang penghasilan jus gastrik yang lebih banyak sehingga menyebabkan ulser gastrik.


Simptom-Simptom Gastrik


Tanda-Tanda Gastrik 


Tips Atasi Masalah Gastrik

1. Elakkan makanan pedas dan berempah dan juga makanan yang selalu buatkan rasa sakit perut seperti makanan berminyak dan juga berlemak.
2. Makan lebih kerap pada siang hari tapi dalam kuantiti yang sedikit-sedikit untuk elakkan perut rasa lapar dan pedih. Selalu sediakan biskut disisi.
3. Hentikan minum minuman beralkohol.
4. Belajar untuk mengawal tekanan dalam kehidupan dengan mengamalkan senaman, yoga ataupun dapatkan kaunseling.
5. Ambil vitamin B12, vitamin E dan vitamin C untuk menggantikan kehilangan vitamin-vitamin berkenaan semasa kesakitan akibat serangan gastrik. Soya protein ESP dan Ostematrix mengandungi kalsium yang bersifat alkali untuk mengurangkan keradangan perut dan sakit hulu hati akibat gastrik.
6. Boleh amalkan makan halia atau minuman halia untuk buang angin. Supplement Peppermint Ginger Plus sangat handy untuk dibawa kemana-mana dan sesuai diamalkan. Rasa pun sedap berangin tak susah nak makan atau minum sebagai bancuhan teh.
7. Amalkan minum air kelapa, licorice tea, buah-buahan segar seperti nenas dan betik yang bersifat alkali untuk meneutralkan asid perut.
8. Minum air sekurang-kurangnya 3L air sehari untuk kurangkan simptom.
9. Elakkan minuman alkohol, minuman kafein dan minuman bikarbonat.
10. Elakkan makan makanan yang mempunyai bahan pengawet seperti makanan diperap, dijeruk dan makanan masam.
11. Amalkan mengambil sarapan dan elakkan makanan berasid di waktu pagi. Elakkan makan lewat supaya asid perut tidak terkumpul.
12. Kalau perut rasa pedih dan tak tahan, boleh cari ubat anti-asid di farmasi untuk kurangkan pedih perut, angin dan dalam masa sama lindungi lapisan perut daripada tercedera akibat tindakan asid perut berlebihan.
13. Kalau gastrik selalu terjadi dan sukar dikawal, boleh dapatkan ubat gastrik yang bukan dalam kumpulan NSAIDs daripada doktor.


Berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut berkenaan produk shaklee??

Anda boleh hubungi saya seperti di bawah  :)

****************************************************************************************************

I'm your Shaklee Independent Distributor
No. ID 987331 (Nurani Yaacob)
## Sms /WhatsApp : 019.376.9503
##Fanpage : Hani Health Shop
 ## Facebook : Hani Kelantan


Penghantaran / Cash On Delivery (COD) di sekitar Kota Bharu, Kubang Kerian, Pasir Tumbuh, Peringat, Melor, Selising dan Pasir Puteh
Pos ke seluruh malaysia termasuk sabah sarawak via Poslaju @CityLink@GDex.